Thu 23 Dec 2010
Memperkenalkan SmartStudyTV.com
Posted by Osman Affan under Pengumuman
No Comments

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya merancang untuk mewujudkan ruangan MOTIVASI & TEKNIK BELAJAR SMARTSTUDY melalui video, akhirnya tercapai juga. Di ruangan ini, saya bakal kongsikan tips-tips motivasi dan teknik belajar yang biasanya saya kongsikan melalui blog MotivasiBelajar.com.
Biasanya pelajar membaca hasil tulisan saya di blog tersebut. Namun kini, temui saya melalui video pula membincangkan tentang topik-topik motivasi dan teknik belajar SmartStudy. Saya persilakan sahabat dan tuan-tuan semua ke www.SmartStudyTV.com bagi menonton video-video yang telah disediakan setakat ini.
Insyaallah lebih banyak lagi akan ditambah dan video-video itu semua masih proses pembikinan. Selamat menonton. ![]()







