Assalamualaikum w.b.t. Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian. Moga sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan berkat Allah yang Maha Mengasihi.

Sebagai seorang trainer, usahawan atau sesiapa sahaja yang mengidam untuk mencapai kejayaan, strategi adalah satu topik yang perlu difikirkan selalu. Strategi secara umumnya bermaksud rancangan mengenai tindakan yang mahu diambil bagi mencapai sesuatu objektif.

Sebagai trainer, ada beberapa objektif yang ingin dicapai dalam satu masa. Objektif terbesar sudah tentulah untuk mendapat keredhaan Allah dan mendapat Rahmat & Kasih Sayang Allah di dunia dan di akhirat.

Antara objektif besar lain pula ialah untuk menyebarkan ilmu agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama umat seluruh dunia. Dari sudut perniagaan, seorang trainer mahu mendapat pulangan kewangan atau meterial yang setimpal dengan ‘NILAI’ yang diberikan melalui training yang dijalankan.

Namun begitu, walau apa pun objektif yang ingin dicapai, ia masih bergantung pada keberkesanan STRATEGI yang digunakan. Satu soalan saya kepada sahabat semua. Pernahkah sahabat semua rasa tindakan yang kita ambil selama ini masih GAGAL MENCAPAI objektif yang kita ingin perolehi? Pernahkah sahabat semua rasa seperti semua benda tidak menjadi?

Berdasarkan apa yang saya baca mengenai topik ini, objektif tidak dapat dicapai jika strateginya tidak kena atau tidak tepat. Peperangan tidak boleh dimenangi tanpa strategi yang betul. Permainan tidak boleh dimenangi jika strateginya lemah dan tidak tersusun. Ini menimbulkan 2 soalan besar yang perlu kita fikirkan sebagai seorang trainer.

1. Adakah kita menggunakan strategi yang betul untuk mencapai objektif kita selama ini?

2. Adakah kita asyik mengulang dan ulang strategi yang salah selama ini?

3. Apakah langkah permulaan untuk mengubah strategi?

Sebagai satu perkongsian, saya cadangkan sahabat semua menonton 2 video daripada www.SmartStudyTV.com ini. Video ini ditujukan buat pelajar dan contohnya juga menggunakan contoh pelajar. Namun pengajarannya sangat sesuai digunakan untuk diri kita dalam konteks seorang trainer.

Selamat menonton.

Video 1: Bahagian pertama

Video 2: Bahagian kedua