Assalamualaikum w.b.t. Sahabat-sahabat yang dihormati dan dikasihi sekalian. Moga sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan berkat Allah yang Maha Mengasihi.

Dr. Paul Temporal

Beberapa tahun lalu, saya bersama sahabat saya, Irfan Khairi berpeluang menghadiri Seminar mengenai Branding yang dikendalikan oleh Paul Temporal. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang jenama dan membuat banyak kajian tentang Strategi Jenama di Asia. Menurut beliau di dalam bukunya Asia’s Star Brand,

Dr. Paul Temporal

“di dalam dunia di mana pesaing boleh meniru produk, perkhidmatan, teknologi, sistem, proses dan apa sahaja yang syarikat anda gunakan, SATU PERKARA yang mereka tidak boleh tiru ialah IMEJ JENAMA anda.”

Bagi seorang trainer, ia juga sangat benar. Jika hari ini kita buat training menggunakan ‘Baju Kungfu’, esok ada juga yang akan ikut memakai baju Kungfu atau mengubahsuainya kepada Baju Ninja. :-)  Jika hari ini kita mulakan training dalam menguruskan kewangan peribadi, esok atau lusa akan muncul beberapa trainer baru atau lama yang memulakan training dalam bidang dan topik yang sama. Jadi bagaimanakah caranya trainer boleh meneruskan langkah training mereka lebih PANJANG dan RINGAN ke depan? Dan yang paling penting, bagaimanakah ia boleh dilakukan TANPA MENJATUHKAN trainer-trainer lain?

Salah satu caranya tentulah menerusi JENAMA.

Secara umumnya, ramai yang masih keliru tentang konsep jenama (termasuklah saya sendiri beberapa tahun dulu). Bagi seorang trainer, ramai yang menganggap jenama seorang trainer ialah apa yang mereka pakai dan apa ‘tagline’ yang selalu mereka sebutkan. Walaupun itu adalah sebahagian daripada jenama trainer tersebut, ia bukanlah Jenama yang dimaksudkan oleh Dr. Paul Temporal ini.

Menurut Irfan Khairi pula, di dalam blognya berkata, ‘

‘Jenama, bukan sekadar nama atau warna sahaja, tetapi, lebih kepada…TEMA dan PERSONALITI perniagaan anda.’

(Dipetik daripada http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/rahsia-membina-jenama/)

Jadi, sebagai seorang trainer, apakah TEMA kita? Apakah konsep keseluruhan training kita? Untuk lebih mudah difikirkan, apabila bakal pelanggan mendengar nama kita atau nama syarikat kita, apakah yang terlintas di minda mereka?

Sebagai latihan, apa kata kita ambil sekeping kertas dan tuliskan 3 perkara ini.

  1. Nama kita.
  2. Nama perniagaan atau nama syarikat training kita.
  3. Nama program yang kita jalankan.

Satu perkara mudah untuk melihat sama ada kita mungkin ada satu jenama yang baik dan berada ‘on the right track’ atau tidak, cuba 2 perkara ini pula.

  1. Tunjukkan 3 nama di atas kepada kenalan dan juga orang-orang yang baru kita kenali. Dapatkan maklumbalas mereka. Apa yang mereka fikirkan apabila dengar nama-nama tersebut? Bolehkah mereka meneka perniagaan yang kita jalankan dan bolehkah mereka membuat andaian apakah kelebihan perkhidmatan kita?
  2. Jika kita baru sahaja memasuki bidang training, mungkin orang belum kenal dan kaitkan nama kita kepada apa-apa. Tidak mengapa. Itu lebih baik. Kita fikirkan, apa yang KITA MAHU orang FIKIR tentang apa apabila mendengar 3 nama tadi (termasuk nama kita)?

Apa yang saya lihat dan alami, satu perkara hebat jika kita berjaya gunakan konsep Jenama sebagai satu Strategi Pemasaran, perniagaan kita akan jadi lebih cepat dikenali dan diingati. Sebagai trainer, sudah tentu kita tidak mahu menjalankan training bertahun-tahun, mengembara ke sana ke mari setiap hari dan minggu dan berhempas pulas membuat pemasaran tetapi akhirnya bakal pelanggan masih tidak tahu yang kita sebenarnya wujud dalam pasaran. Jadi marilah kita sama-sama fikirkan konsep PENJENAMAAN ini bagi MEMANJANGKAN dan MERINGANKAN langkah kita sebagai seorang trainer. :-)

Bengkel Osman Affan

Tarikh: Ahad, 6 Februari 2011

Masa : 2.30 petang hingga 6 petang.

Lokasi : Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai, KL.

( peta di www.osmanaffan.com/hubungi.htm )

Yuran : RM90 sahaja.

Nota & Minum petang disediakan.