
Tarikh: Ahad, 6 Februari 2011
Masa : 2.30 petang hingga 6 petang.
Lokasi : Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai, KL.
( peta di www.osmanaffan.com/hubungi.htm )
Yuran : RM90 sahaja.
Nota & Minum petang disediakan.

Bolehkah anda jawab soalan-soalan ini dengan cepat dan tepat?
- Apakah jenama perniagaan anda?
- Jika bakal pelanggan mendengar nama perniagaan atau perkhidmatan anda, apakah yang akan terlintas di minda mereka?
- Apakah perbezaan perniagaan anda dengan pesaing anda?
- Jika anda tahu perbezaan anda dengan pesaing, adakah bakal pelanggan anda tahu tentang perbezaan ini?
- Apakah yang boleh membuat bakal pelanggan memilih anda dan bukan pesaing anda?

Tahukah anda?

Menurut kajian Jack Trout & Al-Ries, 2 pakar yang begitu terkenal dengan topik ‘Branding’ dan penulis buku-buku hebat seperti ‘22 Immutable laws of marketing’ dan ‘Positioning’, dunia kini sudah TERLALU SIBUK dan SESAK dengan mesej-mesej pengiklanan. Terlalu BANYAK mesej yang dihantar tetapi begitu KURANG pula mesej yang diterima.
Bayangkan, jika perniagaan anda adalah menyediakan program-program motivasi di sekolah, berapa banyakkah syarikat seperti anda wujud di Malaysia ini? Jika anda seorang penceramah bebas, berapa banyakkah penceramah bebas yang menyampaikan topik sama seperti anda? Apakah usaha anda untuk memastikan anda sentiasa dipilih?
Dalam keadaan begini, AMAT PENTING bagi sesuatu perniagaan atau perkhidmatan mempunyai JENAMA mereka yang tersendiri.
PERCAYA ATAU TIDAK, apabila disebut jenama, 9 daripada 10 usahawan yang saya temui akan kaitkan dengan ‘Tagline’. Sebab itulah saya lihat kebanyakan trainer dan penceramah bebas sibuk mengulang ayat-ayat ‘trademark’ mereka di dalam program. Ini kerana mereka sangka itulah jenama mereka. Itu mungkin benar tetapi ia hanyalah sebahagian kecil sahaja. Untuk maju lebih ke depan, seorang trainer atau penceramah bebas perlu faham konsep keseluruhan JENAMA.
Selain daripada itu, ada juga usahawan yang mengaitkan jenama dengan logo, warna, cara berpakaian dan sebagainya. Tidak salah cuma kurang tepat jika dikaji secara menyeluruh. Jadi di dalam program ini, antara yang bakal di kongsikan ialah
- Bagaimana mencipta atau men’JENAMA‘kan semula perniagaan kita.
- Bagaimana konsep jenama boleh membuat perniagaan kita meningkat berganda-ganda setiap tahun.
- Mengapa jika konsep jenama kita salah, bakal pelanggan tidak akan melihat atau menggunakan perkhidmatan atau barangan kita lagi.
- Bagaimana melihat ‘letterhead’, kad perniagaan, alamat email, buku kerja dan laman web menurut perspektif yang baru.
- Bagaimana menggunakan internet sebagai satu cara untuk perniagaan kita lebih mudah dikenali.
- Mengapa menjadi satu PANTANG LARANG besar meniru atau menggunakan konsep jenama hampir sama dengan perniagaan lain yang sudah berpengaruh.
- Langkah demi langkah menjadikan perniagaan kita BERBEZA daripada perniagaan lain dan BERBEZA dengan perniagaan yang BERSAING dengan kita.
- Bagaimana untuk membuat bakal pelanggan anda yang SIBUK MENCARI ANDA, bukan sebaliknya.

Tanpa JENAMA perniagaan dan jika bakal pelanggan masih SUKAR mengenali siapa anda (walaupun sudah lebih 5 tahun berkecimpung dalam sesuatu bidang), anda mungkin akan hadapi masalah dan cabaran seperti
- Penat
- Putus-asa
- Tidak berbaloi
- Membuang masa
- Rendah diri
- Hilang keyakinan diri
dalam usaha anda men’CANANG‘kan ke seluruh dunia mengenai perniagaan anda? Adakah anda juga sudah BOSAN apabila
- Menghantar surat cadangan program kepada bakal pelanggan yang tidak berbalas.
- Menghantar email yang tidak berjawab.
- Menggantung ‘banner’ yang tidak memberi pulangan.
- Mencetak leaflet 10,000 keping tetapi yang pulang semula kurang 10 keping.
- Bakal pelanggan masih MERAGUI KREDIBILITI perniagaan anda atau dalam kata lainnya, TIDAK PERCAYA pada kebolehan syarikat anda.
- Menghubungi bakal pelanggan ke sana dan ke sini setiap tahun tetapi bakal pelanggan masih belum mengenali siapa anda dan apa perniagaan anda. MEREKA MASIH BELUM INGAT SIAPA ANDA!
- Bakal pelanggan memandang seolah-olah MEMANDANG RENDAH pada perniagaan anda.

Jadi, bagaimana program ini BOLEH MEMBANTU?
Program ‘Strategi Pemasaran Menerusi Jenama’ ini adalah program yang MUDAH, PADAT & PRAKTIKAL. Mungkin anda ada pengalaman hadiri program yang banyak bercerita tentang TEORI-TEORI JENAMA dan PEMASARAN yang membosankan.
Berbeza dengan program ini, anda akan lihat Strategi ini melalui 3 langkah mudah sahaja


Bagaimana saya mula belajar tentang Strategi Pemasaran Menerusi Jenama?

Saya mula-mula didedahkan kepada konsep pemasaran sebegini pada tahun 2004. Ketika itu saya baru mulakan perniagaan Pusat Tuisyen SmartStudy. Ketika itu, saya aktif membantu sahabat saya, Irfan Khairi dalam mempromosikan buku pertama beliau ketika itu, Rahsia Jutawan Internet Terbongkar. Beliau juga mula menjalankan bengkel-bengkel mengenai keusahawanan internet. Di dalam bengkel itu, saya membantu beliau sebagai juru acara majlis dan juga membantu menjawab soalan-soalan berkenaan pemasaran internet daripada peserta program.

Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Irfan Khairi Sdn Bhd memberi saya KEPERCAYAAN & Pengiktirafan bagi menjalankan Public Program Keusahawanan Internet saya sendiri yang dinamakan Bengkel Keusahawanan Internet 3Dalam1. Program ini semakin banyak memberi saya pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai kepentingan JENAMA sebagai satu faktor dalam proses PEMASARAN. Kali terakhir program ini dijalankan ialah pada tahun 2007. Ini disebabkan fokus utama saya beralih kepada program-program yang paling saya minati iaitu Teknik Belajar SmartStudy.

Berdasarkan pengalaman berharga ini, saya mula gunakan konsep JENAMA untuk perniagaan utama saya, SmartStudy. Hasilnya, saya dapati
- Perkhidmatan saya lebih cepat dikenali.
- Program SmartStudy lebih cepat diiktiraf dan diperlukan oleh pelajar dan guru.
- Nama SmartStudy semakin luas digunakan. (Sekadar berkongsi, selama ini perkataan SmartStudy tidak pernah digunakan di Malaysia. Perkataan popular digunakan ialah Smart Learning atau pun studi smart. Itu pun ia tidak dijenamakan.)
- Permintaan terhadap program-program SmartStudy semakin meningkat.
- Nama saya (Osman Affan) semakin mudah dikaitkan dengan Teknik Belajar SmartStudy.
Saya benar-benar percaya, konsep Pemasaran Menerusi Jenama ini juga boleh berkesan buat perniagaan anda juga.


Siapa perlu hadir program ini?
Pada asalnya, modul program ini dirancang untuk TRAINER, PENCERAMAH BEBAS dan USAHAWAN yang perlu berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Ini kerana adalah penting untuk mereka mempunyai KREDIBILITI TINGGI dan mempunyai JENAMA mereka yang tersendiri.
Namun setelah dilihat kembali isi kandungan program ini, ia juga sangat-sangat sesuai buat semua usahawan (produk atau perkhidmatan) yang mahu memasarkan perniagaan menggunakan STRATEGI JENAMA.
Jadi, jika anda seorang
- Trainer
- Penceramah bebas
- Event organizer
- Usahawan produk atau perkhidmatan
- Guru tuisyen
- Pakar kecantikan, pakar kewangan atau pakar dalam apa-apa bidang
Program ini adalah SESUAI untuk KEPERLUAN anda. Sertai program ini sekarang agar tidak terlepas peluang keemasan ini.

Hubungi Talian Utama : 03-4260 1103
Mohd Hanis: 017-229 2276 / Syed Faizal: 017-6655 391
Lokasi Program: Pusat Motivasi SmartStudy
6-1, First Floor, Jalan Au 1A/4C, Taman Keramat Permai,
54200 Kuala Lumpur.
Peta boleh di dapati di http://www.osmanaffan.com/hubungi.htm
Waktu Pejabat:
Isnin – Jumaat
9 pagi – 5 petang
Sabtu
9 pagi – 1 petang.
Ahad – Cuti
3 langkah mendaftar:
1) Hubungi Mohd Hanis atau Syed Faizal untuk pastikan tempat masih ada.
2) Jika masih ada, buat pembayaran ke akaun Maybank ‘Osman Affan SmartStudy & Consultant’. No akaun: 5621-8812-6145. (Atau hadir ke Pusat Motivasi SmartStudy pada waktu pejabat untuk membayar tunai)
3) Sahkah penyertaan dengan menghantar butiran bayaran melalui email (info@osmanaffan.com) atau faks ke nombor 03-42601102.